KUALA LUMPUR: Proses transformasi Parlimen Malaysia dengan objektif utama untuk memastikan konsep pengasingan kuasa antara legislatif, eksekutif dan kehakiman perlu disegerakan, kata Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.
Beliau berkata proses itu yang telah dipersetujui oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara merangkumi pindaan dan pemerkasaan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952, mengembalikan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963, pembentukan Kod Etika Ahli Parlimen serta pindaan ke atas beberapa Peraturan Mesyuarat.
"Ketika ini konsep pengasingan kuasa antara legislatif dan eksekutif belum dilunaskan sepenuhnya.
"Pihak legislatif memahami eksekutif memerlukan sedikit masa untuk menterjemahkan segala persetujuan itu kepada realiti... perlu ditegaskan bahawa institusi legislatif khususnya Dewan Negara selaku Dewan Tertinggi Perundangan Negara memerhati dan meneliti perihal fungsi serta kedudukan masing-masing.
"Tidaklah sepatutnya dibenarkan berlaku kelewatan ataupun tempoh masa yang begitu panjang untuk cita-cita murni rakyat ini diterjemahkan kepada realiti sebenar," katanya dalam pemahsyuran pada permulaan persidangan Dewan Negara di sini hari ini.
Selain itu, Rais berkata selaras dengan pembentukan tiga Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara, beliau telah menggariskan 20 bidang tugas untuk dijadikan panduan oleh Ahli Dewan Negara dan jumlah itu akan ditambah dari semasa ke semasa.
Tiga Jawatankuasa Pilihan Khas itu ialah Jawatankuasa Pilihan Khas Kesejahteraan Rakyat; Jawatankuasa Pilihan Khas Sosiobudaya, Komunikasi dan Pendidikan serta Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus Integriti dan Antirasuah.
"Sebagai anggota legislatif tertinggi, setiap Ahli Dewan Negara perlu merubah sikap dan imej masing-masing agar persepsi kurang enak yang sebelum ini dikaitkan dengan Dewan ini dapat dibersihkan dengan penglibatan lebih aktif para Senator dalam melaksanakan bidang-bidang tugas itu," katanya.
Antara bidang tugas itu adalah kesungguhan membantu rakyat serta berusaha gigih dalam bidang kepakaran masing-masing.
Beliau meminta setiap Ahli Dewan Negara dilibatkan dalam proses pembangunan daerah, negeri dan negara.
Terdahulu, Rais mengajak Ahli Dewan Negara bertafakur seminit untuk mengenang pemergian Senator Datuk Guan Dee Koh Hoi yang meninggal dunia pada 26 Oktober lepas dan mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 08 2021
RAIS: Tidaklah sepatutnya dibenarkan berlaku kelewatan ataupun tempoh masa yang begitu panjang untuk cita-cita murni rakyat ini diterjemahkan. - Gambar fail
Semakan lengkap industri pertengahan kewangan sedang dijalankan - BNM
Kajian semula yang lebih menyeluruh terhadap industri pengantara kewangan sedang dijalankan, kata Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia.
Piala FA 2024: Laluan mudah buat juara bertahan JDT
Melalui undian, JDT dilihat meraih lawan mudah dengan mengetuai 12 lagi pasukan Liga Super serta tiga pasukan daripada Liga A1 Semi Pro.
Dua wanita cedera, kereta terbalik dalam longkang di Lebuhraya WCE
Empat mangsa dalam kereta itu merupakan dua wanita dewasa, seorang lelaki dewasa dan seorang kanak-kanak perempuan.
Menteri China, Liu Jianchao bertemu pegawai kanan PKR diketuai Nurul Izzah
Malaysia sangat mementingkan hubungan dengan China dan pencapaian luar biasa China dalam pembangunan ekonomi dan sosial amat mengagumkan.
Polis minta bantuan kesan Safiea Dania, hilang lepas naik e-hailing
Kali terakhir ditemui adalah pada 24 April jam 6.35 petang, ketika dia menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke tempat kerja.
AirAsia dipilih rakan penerbangan rasmi Sidang Kemuncak Malaysia-China 2024
Sidang kemuncak itu adalah peluang strategik untuk meningkatkan hubungan perdagangan, pelaburan dan kebudayaan Malaysia.
SC pelawa permohonan untuk Program Kepimpinan investED 2024
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia mempelawa permohonan untuk kohort kedua Program Kepimpinan investED, sebuah program siswazah pasaran modal.
Pusat Latihan TFC dipasang CCTV
Hishamuddin berkata langkah itu diambil selepas perbincangan lanjut dengan pihak polis yang masih giat memburu suspek samun berkenaan.
Bonus 8 bulan bakal diterima kakitangan Singapore Airlines
Para pekerja Singapora Airlines akan mendapat bonus 32 minggu atau bersamaan sekitar 7.94 bulan gaji pokok.
Kes jenayah komersial di Pahang menurun dalam tempoh Januari-April tahun ini
Yahaya berkata dalam tempoh sama tahun lepas, sebanyak 743 kertas siasatan dibuka iaitu penurunan sebanyak 113 kes.
Baiki segera kerosakan rumah kelahiran P Ramlee
Tindakan segera perlu dilakukan supaya rumah berusia hampir 100 tahun itu akan terus terpelihara dan menjadi warisan sejarah negara.
Peruntukan Perlembagaan Persekutuan cerminkan kepelbagaian, kepentingan kaum - Rais
Antara peruntukan yang menggambarkan kepelbagaian kaum ialah Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.
Wan Junaidi sah terima tawaran Speaker Dewan Negara, angkat sumpah esok
Wan Junaidi menambah sebagai rakyat yang cintakan negara, sukar baginya untuk menolak tawaran itu kerana ia satu amanah dan tanggungjawab.
Program Syarahan Parlimen dijadikan acara bulanan - Johari
Penganjuran Program Syarahan Parlimen yang kini memasuki siri kedua akan diteruskan sebagai acara bulanan bagi membolehkan masyarakat memberikan pandangan berhubung cara tadbir urus negara yang baik.
Penggubal undang-undang tertinggi China tiba untuk lawatan rasmi ke Malaysia
Pesawat Air China membawa Zhao bersama delegasinya mendarat di Kompleks Bunga Raya, KLIA, pada 8.15 pagi ini.
JKPK TIA kemuka syor tangani isu perjawatan SPRM, Mahkamah Sesyen Khas Rasuah
Jawatankuasa Pilihan Khas Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah (JKPK TIA) Dewan Negara hari ini mengemukakan dua syor bagi mengatasi isu perjawatan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) da
Persidangan Dewan Negara ditambah dua hari - Rais Yatim
Difahamkan tambahan dua hari berkenaan bagi menyelesaikan perihal berkait RUU dan urusan kerajaan yang lain.
Kerjasama Algeria-Malaysia dalam ekonomi, kebudayaan dan pendidikan perlu ditingkatkan - Rais Yatim
Hubungan kerjasama dua hala antara Algeria dan Malaysia perlu dipertingkatkan terutama dalam aspek ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.
Pengiktirafan protokol senator di peringkat kerajaan negeri dipersetujui PM
Anwar sendiri akan berhubung dengan pihak kerajaan negeri untuk memberikan perhatian mengenai perkara tersebut.
Akta Perkhidmatan Parlimen, naik taraf Jawatankuasa Pilihan Khas antara agenda Johari
Beliau dan Tan Sri Rais Yatim telah berjumpa dengan Perdana Menteri bagi memohon pertimbangan kerajaan untuk mengembalikan semula akta itu.